Untuk makluman semua, perbezaan antara KSSR Tahap 1 dan Tahap 2 ialah pertamanya, daripada segi Dokumen Standard Pembelajaran dan Dokumen Standard Prestasi. Kalau Tahap 1, Terdapat 2 dokumen, jadi kita kena rujuk kedua-dua dokumen itu. Tetapi bagi KSSR Tahun 4 ni hanya sata dokumen sahaja yang dipanggil Dokumen Standard Pembelajaran dan Prestasi (DSKP). Jadi dalam dokumen itu terdiri daripada standard pembelajaran dan prestasi di dalam satu dokumen.
Keduanya yang berbeza ialah daripada segi pentaksiran, kalau Tahap 1 pentaksirannya terdiri daripada Band 1-6. Bagi Tahun 4 pula dipanggil Tahap Penguasaan (TP), 1-6 juga tahap. Kalau KSSR Tahap 1 guru-guru perlu key in melalui SPPBS tetapi bagi Tahap 2 cuma perlu key in ke dalam excel yang akan dibekalkan kepada sekolah.
Jadi saya harap jika ada pemantauan di sekolah dan ada pegawai yang bertanya apakah perbezaan KSSR Tahap 1 dan Tahap 2, cikgu-cikgu ada jawapannya. Jangan kata tak tahu.....
Berbalik kepada Pendidikan Seni Tahun 4 yang akan bermula pada tahun depan (2014) terdapat 18 aktiviti yang perlu dilaksanakan. Bidangnya tetap sama iaitu Menggambar, Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf Tradisional.
Bidang menggambar terdapat 6 aktiviti iaitu:
1. Lukisan
2. Catan
3. Gosokan
4. Capan
5. Mozek
6. Poster
Bidang Membuat Corak dan Rekaan :
Terancang: Tidak Terancang :
7. Lukisan 11. Pualaman
8. Cetakan 12. Ikatan dan Celupan
9. Resis
10. Kaligrafi
Bidang Membentuk dan Membuat Binaan :
13. Assemblaj
14. Diorama
15. Boneka
Bidang Kraf Tradisioanl :
16. Batik
17. Ukiran
18. Tembikar
Inilah antara hasil karya bagi aktiviti tersebut:
*Hasil karya dibawah dihasilkan semasa bengkel oleh peserta kursus seni di PPD KMY
Lukisan Gosokan |
Capan |
Boneka |
Asemblaj |
Ikatan dan Celupan |
Pualaman |
Diorama
Kaligrafi
Lukisan (Corak)
Diorama |
Ukiran |
Tembikar |
Lukisan
Lukisan (Corak)