Tuesday, 15 October 2013

Pendidikan Seni Visual Tahun 4

Pada 1-4 Oktober lalu saya telah menghadiri Kursus Pendidikan Seni Visual Tahun 4 bermula 2014 di PPD KMY. Saya suka untuk berkongsi sedikit maklumat untuk pengetahuan rakan-rakan guru sekalian.

Untuk makluman semua, perbezaan antara KSSR Tahap 1 dan Tahap 2 ialah pertamanya, daripada segi Dokumen Standard Pembelajaran dan Dokumen Standard Prestasi. Kalau Tahap 1, Terdapat 2 dokumen, jadi kita kena rujuk kedua-dua dokumen itu. Tetapi bagi KSSR Tahun 4 ni  hanya sata dokumen sahaja yang dipanggil Dokumen Standard Pembelajaran dan Prestasi (DSKP). Jadi dalam dokumen itu terdiri daripada standard pembelajaran dan prestasi di dalam satu dokumen.

Keduanya yang berbeza ialah daripada segi  pentaksiran, kalau Tahap 1 pentaksirannya terdiri daripada Band 1-6. Bagi Tahun 4 pula dipanggil Tahap Penguasaan (TP), 1-6 juga tahap. Kalau KSSR Tahap 1 guru-guru perlu key in melalui SPPBS tetapi bagi Tahap 2 cuma perlu key in ke dalam excel yang akan dibekalkan kepada sekolah.

Jadi saya harap jika ada pemantauan di sekolah dan ada pegawai yang bertanya apakah perbezaan KSSR Tahap 1 dan Tahap 2, cikgu-cikgu ada jawapannya. Jangan kata tak tahu.....


Berbalik kepada Pendidikan Seni Tahun 4 yang akan bermula pada tahun depan (2014) terdapat 18 aktiviti yang perlu dilaksanakan. Bidangnya tetap sama iaitu Menggambar, Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf Tradisional.

Bidang menggambar terdapat 6 aktiviti iaitu:
1.  Lukisan
2. Catan
3. Gosokan
4. Capan
5. Mozek
6. Poster

Bidang Membuat Corak dan Rekaan :
Terancang:                                                   Tidak Terancang :
7. Lukisan                                                        11. Pualaman
8. Cetakan                                                       12. Ikatan dan Celupan
9. Resis
10. Kaligrafi

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan :
13. Assemblaj
14. Diorama
15. Boneka

Bidang Kraf Tradisioanl :
16. Batik
17. Ukiran
18. Tembikar

Inilah antara hasil karya bagi aktiviti tersebut:

*Hasil karya dibawah dihasilkan semasa bengkel oleh peserta kursus seni di PPD KMY


Lukisan    
 
Gosokan
                                                          


Capan





Boneka
Asemblaj





Ikatan dan Celupan


Pualaman




Diorama

Kaligrafi



Lukisan (Corak)
Diorama

Ukiran

Tembikar

                                                
Lukisan


Lukisan (Corak)







Sunday, 29 September 2013

Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Bulan Kemerdekaan

Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Sempena Bulan Kemerdekaan 
En. Nordin b. Man, Guru Besar SKPJ menyampaikan hadiah kepada pemenang.





Poster-poster terpilih sebagai pemenang.





Pertandingan Mewarna Tahap 1 Sempena Bulan Kemerdekaan SKPJ





Friday, 23 August 2013

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 Sempena Sambutan Kemerdekaan 56





Murid-murid melukis poster sempena Kemerdekaan ke-56.

Gasing Mudah - DSV Tahun 2

  

Antara media dan alat untuk membuat aktiviti gasing.

Langkah pertama, menekap bentuk bulatan. Satu bulatan besar dan satu bulatan kecil diperlukan.


Setelah itu gunting bulatan yang ditekap tadi.


Proses menghias gasing dengan menggunakan warna pensel atau krayon.


Kemudian sapu gam untuk melekatkan kedua-dua bulatan itu.



Akhirnya tebuk lubang ditengah-tengah bulatan, kemudian cucuk pensel. Terhasil sudah gasing mudah  untuk aktiviti gasing Tahun 2 KSSR.





Monday, 24 June 2013

Aktiviti Menghasilkan Topeng Tahun2

 
Mewarna topeng


Menggunting topeng, kemudian lekatkan pada kertas kad manila.




Topeng yang telah siap.